Wah! Sudah Februari! and I only made one post for Jan! Aduh! Alhamdulillah I tak letak 'posting stories in blog' as one of my Declaration of Excellence for 2011! Harus stress kalau tak buat! Alangkan 1 buku 1 bulan pun sungguh menyiksakan! Asal buka buku aje, mata pun layu.. kalau boleh baca 5 mukasurat pun dah besar tuah!
Tapi sesungguhnya, tersangat2 rindu nak tulis.. nak complain itu ini.. begitu begini.. cuma masa tak mengizinkan. Bila dah ada masa, dah tak ingat pula nak tulis apa.. LOL! Pelupakah sudah saya? Adakah kerana perkara2 itu tidak penting, maka saya lupa?.. mmm.. seperti harga susu Ideal sudah naik 40sen .. serbuk koko kegemaran saya sudah naik ke RM24 sekilo (masa saya mula membelinya 3 tahun lepas, harganya cuma RM16 sekilo), margin untung saya juga semakin kecil, kerana harga kos naik, tapi saya masih di harga lama (tidak pentingkah ini?), buttermilk asyik tiada stok aje, .. atau yang paling saya selalu lupa ialah merajuk dengan cik abang sayang (normal kah bagi orang yang dah 16 tahun kahwin - dah lupa dah yang sebenarnya saya berada dalam 'mode' merajuk?!) .. atau mungkin kerana, ada terlalu banyak perkara yang lebih penting dari berada di 'mode' merajuk, seperti, skru mata benam, meja gerudi lantai dan Maharaja Mikado Meiji; dan tulisan cina yang bermaksud tambah atau tolak! Tak macam dulu2.. harus aku merajuk seminggu! :-p.. and perasan tak saya menggunakan Bahasa Malaysia? LOL! Ini semua penangan anak-anak yang kurang penguasaan dalam Bahasa Malaysia.. Di rumah, pelbagai peribahasa saya gunakan supaya mereka tidak hairan mendengarnya. Antara yang berada di carta teratas ialah 'bagai itik pulang petang' dan 'memulangkan paku buah keras'! LOL! Dan saya perasan, perkataan yang menjadi kegemaran saya kebelakangan ini ialah 'baiklah' dan 'tidak perlu'!!!
TAPI... setiap pagi, saya jadi guru Bahasa Inggeris.. rasa macam jadi D0ra the Expl0rer pun ada! Iskandar lebih fasih berbahasa Melayu.. Boleh ketawa mendengar dia berceloteh.. macam tengok siri alih suara Doremon! Antaranya ialah 'Oh! Di sini rupanya!', dan 'Mama! Hebat tak saya?', apabila menunjukkan hasil ciptaan kapalterbangnya dari Lego. Jadi, di pagi hari, dalam perjalanan ke sekolah, saya akan memulakan perbualan dengan melihat alam sekitar. "Abang, look at the sky. The sky is blue. Can you see the sun? What is the color of the sun?". Lepas tu saya ketawa sendiri. Asal balik sekolah saja, topik perbualan harus berkisar kepada perkara2 yang dilihat dalam perjalanan pulang. Objektifnya ialah supaya dia menghabiskan air yang dibawa ke sekolah tadi. Jadi, asal jumpa hentian bas, atau pokok mati, saya akan kata, "Abang, look on your left. Dead tree! Drink water!". Dan dia pun menghirup air secepat mungkin.
Bila petang saja, saya jadi seperti pengusaha tadika, dengan menyediakan minum petang kepada mereka. Habis malas ialah roti bakar disapu kaya... macam kopitiam.. he he... Kalau rajin, buatlah donut ke, roti jala.. cewah! Lepas tu, harus saya paksa mereka main di luar rumah, Boleh lah saya cepat2 menghias kek yang dibakar di sebelah pagi tadi.
Banyak sungguh membebel hari ni..LOL! Cukuplah ya.. Saya sudahi dengan gambar kek yang dipinta oleh Intan! (alih bahasa pula ya.. sungguh skema rasanya hari ini..)
Intan is my friend since way back in Sri Aman days.. When she sent a message in my fb, I nearly fell off the chair! It was her dad's retirement and his 58th birthday.. She wanted all his favorite things on the cake, all 28 of them!! I took 2 weeks to complete the figurines. During the period, I had all the tools ready for me to work on the table at anytime I want. I would do them in between my baking, while waiting for abang to get ready for school or any time I have. It was my first time doing most of the items! I did the cat twice, oh no.. three times! The first one looked like a dog instead of a cat.. And my dad confirmed that my second one was a poodle! The front part of the Harley Davidson was done FOUR times!!! I broke the handle twice! The handle wouldn't stick to the rim the third time! And I had to come up with an alternative so that it would stick no matter what as it was already the last day!
I enjoyed doing this project. Most were copy-cats(and trying to figure out how they did it.. I definitely copied Kak Jun and Anita Jamal!), self study, and internet research.. It certainly brings out the creativity I thought I never had.. It made me think out of the box. And most of all, it was the encouragement from Intan that made me do this and believe in myself that I could do it. Perhaps it was labor of love that made this cake what it was.. I thank the Almighty for a friend like Intan.. whose positive words makes me a better cake artist. I miss you Intan! A lot! Jom gi PIBG meeting next month! (Alia and Nurin study in Sri Aman now. Alia is a year younger than Nurin. Believe it or not, I don't see Intan at school! LOL!) .. Here are some pics to end this month's post.. :-)
.